Monday, 3 September 2012

Resepi Choc bubble rice


               Masa puasa hari tu, i try buat biskut ni..dah habis, i pun buat lagi hari Sabtu lepas..hehe.. beria-ia dak opis suh buat, anak buah pulak asyik nak je biskut ni, biasalah budak-budak bila dah dapat coklet sure nak je kan?

dah siap kepal

bahan-bahan tuk biskut ni:


  • 2 cawan bubble rice
  • 1 cawan marshmallow 
  • sedikit butter
  • 250g coklet masakan / compound coklet 
  • beberapa keping cup cake








cara-cara:


  1. panaskan butter dalam kuali atau pan
  2. masukan marshmallow dan kacau hingga cair.
  3. masukan bubble rice dan kacau hingga sebati.
  4. tutup api dan letakan bubble rice ke bekas plastik.
  5. kepal-kepalkan bubble rice
  6. cairkan coklet menggunakan kaedah double boil 
  7. celupkan bubble rice dalam coklet dan masukan dalam cup cake.
  8. masuk ke dalam peti. bila dah keras, simpan dalam bekas.


ni rupanya bila dah celup dalam coklet then dah disejukan
dak noty yang suka makan coklet

P/S: biskut ni cam keras sikit bila digigit sebab ada marshmallow, tapi sedap~
       ~ pernah buat campurkan semua bahan, agak kurang menjadi sebab coklet cepat keras, tapi masih sedap..huhu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...