Tuesday, 11 September 2012

Cuti sakit~

               Hari ni i pergi klinik di Tang lin, ramai betul orang sakit..dengan berkat kesabaran, akhirnya giliran i pun tiba.. Dr. tanya sakit apa? i jawab batuk dah 2minggu xelok, ubat batuk dah 2botol habis.Susahnyer nak tido malam gara-gara batuk..Dr, suspect i kena tibi, tapi dia bagi i ubat dulu, kalau selepas seminggu masih xsihat, i kena datang balik dan buat rawatan susulan.. Adeh..tu yang malas tu..

               Dr. nak bagi i MC, tapi i pun cakap "xpelah Dr. bagi saya time slip sudah" Dr. tu cam xpercaya je dengan kata-kata yang keluar dari mulut i tu.. yelah, orang lain punyalah nak dapatkan MC kerajaan susah, i yang Dr. offer boleh tolak macam tu jer..hahahahaha.. lepas jer ambik ubat, i pun terfikir, napelah ak xambik MC tu, boleh jugak rehat-rehat xpayah nak jawab call.  Tapi hari ni i xbanyak pun jawab call sebab suara memang garau n tersekat-sekat, so dok kacau orang je la kat opis ni..dalam masa yang sama, dok menaip blogku yang serabut ni..haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...