Tuesday, 11 September 2012

Cuti sakit~

               Hari ni i pergi klinik di Tang lin, ramai betul orang sakit..dengan berkat kesabaran, akhirnya giliran i pun tiba.. Dr. tanya sakit apa? i jawab batuk dah 2minggu xelok, ubat batuk dah 2botol habis.Susahnyer nak tido malam gara-gara batuk..Dr, suspect i kena tibi, tapi dia bagi i ubat dulu, kalau selepas seminggu masih xsihat, i kena datang balik dan buat rawatan susulan.. Adeh..tu yang malas tu..

               Dr. nak bagi i MC, tapi i pun cakap "xpelah Dr. bagi saya time slip sudah" Dr. tu cam xpercaya je dengan kata-kata yang keluar dari mulut i tu.. yelah, orang lain punyalah nak dapatkan MC kerajaan susah, i yang Dr. offer boleh tolak macam tu jer..hahahahaha.. lepas jer ambik ubat, i pun terfikir, napelah ak xambik MC tu, boleh jugak rehat-rehat xpayah nak jawab call.  Tapi hari ni i xbanyak pun jawab call sebab suara memang garau n tersekat-sekat, so dok kacau orang je la kat opis ni..dalam masa yang sama, dok menaip blogku yang serabut ni..haha..

Monday, 10 September 2012

Monday blues~

               Sangat stress satu badan sebab dari hari Khamis lalu sampai hari Sabtu i demam, cirit birit, muntah smua..ni tinggal batuk jer.. flat giler hari sabtu hari tu sebab dah makan pil chi kit teck on (betul ke eja ni?) then minum lak teh o pekat tanpa gula, tapi still sama.. selera makan pun hilang, i mampu makan nestum jer, tapi tekeluar semua..  Kakak i pulak ajak ke hospital dia cakap "jom g hospital, tapi sure ko kena tahan wad then masuk air" terus i xnak..melepak jer kat rumah ngadap tv sambil tahan sakit.

Petua orang lama-lama selain minum teh o pekat tanpa gula, dorang cakap :

  • Roti di bakar menggunakan toster ke tahap rentung sikit (kira ada la hitam-hitam sikit) then, yang hitam-hitam tu kita makan.
  • Makan pucuk jambu muda
Ni semua petua lama, insyallah kurang atau sembuh cirit birit tu.. tapi tidak dibenarkan makan makanan berasaskan kacang masa sakit perut tu atau sesudah perut tu redha dari sakit. Kalau nak makan kekacang, tunggula selepas dua hari..


Monday, 3 September 2012

Resepi Choc bubble rice


               Masa puasa hari tu, i try buat biskut ni..dah habis, i pun buat lagi hari Sabtu lepas..hehe.. beria-ia dak opis suh buat, anak buah pulak asyik nak je biskut ni, biasalah budak-budak bila dah dapat coklet sure nak je kan?

dah siap kepal

bahan-bahan tuk biskut ni:


  • 2 cawan bubble rice
  • 1 cawan marshmallow 
  • sedikit butter
  • 250g coklet masakan / compound coklet 
  • beberapa keping cup cake








cara-cara:


  1. panaskan butter dalam kuali atau pan
  2. masukan marshmallow dan kacau hingga cair.
  3. masukan bubble rice dan kacau hingga sebati.
  4. tutup api dan letakan bubble rice ke bekas plastik.
  5. kepal-kepalkan bubble rice
  6. cairkan coklet menggunakan kaedah double boil 
  7. celupkan bubble rice dalam coklet dan masukan dalam cup cake.
  8. masuk ke dalam peti. bila dah keras, simpan dalam bekas.


ni rupanya bila dah celup dalam coklet then dah disejukan
dak noty yang suka makan coklet

P/S: biskut ni cam keras sikit bila digigit sebab ada marshmallow, tapi sedap~
       ~ pernah buat campurkan semua bahan, agak kurang menjadi sebab coklet cepat keras, tapi masih sedap..huhu..


Pokok Ajaib

               Pokok ni datang dari Sabah..masa tu arwah ayah i bekerja disana. Kecik je masa tu pokok ni tahun 2004, sekarang 2012 dah besar dan buahnya banyak..  Pokok Ajaib dari Sabah ni masa dipetik rasanya sangat manis.. bila disimpan didalam peti, rasanya masam pula..Nama sebenar pokok ni i xtau la pulak..hehe..Tapi asal usul sebenar pokok ni dari Ghana..kalau xsilap la, boleh klik sini tuk maklumat lanjut khasiat buah ni..

pokok ajaib di halaman rumah i.. belakang tu pulak pokok buah naga


buah ajaib yang dah masak

biji buah ajaib

Anak buah i yang no 2 tu suka sangat makan yang manis-manis, so bila dapat je buah ni, banyak dia makan. I paling banayk makan 4biji, pas tu stop sebab rasa pening pulak..haha. Tapi memang betul, lepas je makan buah ni, minum air kosong pun rasa manis.

Happy Aidilfitri~

                 Lama giler x update entry..maklum la sebulan puasa then sibuk nak raya. Apa-apa pun nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Sebulan puasa ramai yang turun berat badan, termasukla diri i ni.. tapi bila masuk jer raya, banyak open house sana, open house sini, jamuan sana, jamuan sini..Berat badan dah kembali asal seperti sebelum puasa..hahaha..jadi, itu sebab la kita dusunatkan puasa enam..

anak buah yang sangat noty
Rindu pulak nak makan dodol, tapi setiap rumah yang i pergi xda hidang dodol..hu3.. Dah meningkat umur ni, bila tiba raya tu, xda la seseronok masa kanak-kanak dulu.. sebab masa kecil dapat duit raya..bila dah besar n bekerja, kita lak yang kena bagi duit raya.. =P 

Blue Leopard~ sangat suke ini baju ♥

outdated entry~ yang ditunggu dah tiba..

               Beberapa hari puasa, i dapat satu bungkusan yang memang dah lama i nanti-natikan.. Jeng, jeng, jeng..


bungkusan dah tiba~

rantai leher dari Swarovski
So, rantai ni datang tepat pada waktunya..Raya boleh la pakai..he3.. xmahal pun cz i beli dekat Groupon jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...