Monday, 16 July 2012

Ring, ring~ talifon berbunyi...

                Sudah besarang blog ni.. al maklumlah, sibuk sikit..baru-baru ni i ke Penang tuk menduduki exam..hu3..pening kepala jawab exam tu..ada harapan tuk repeat paper tahun depan ni..ha3..sure pemeriksa tu xdapat baca tulisan i.. walaupun exam open book, tapi sekian jugak nak menjawab soalan tu. Buku yang dirujuk mestilah buku Law, so ayat bebelit-belit la. Ha3..

                Bebalik kepada tajuk, korang semua mesti pernah hubungi sesebuah organisasi untuk bertanya tentang service yang mereka tawarkan atau membuat aduan, betul x? ha..pernah tak bila korang hubungi organisasi tu, susah sangat nak dapat, atau bila dah dapat, dan talian disambungkan sangatlah lamanya xpun susah sangat orang nak jawab. Perasaan korang mestilah sakit hati, dan maki hamun tu sure nak keluar dari mulut korang kan?

                Bagi sesetengah orang yang mengalami situasi ni, sure dia salahkan operator dekat organisasi tu..tapi sebenarnya anda silap, jangan salahkan mereka, dah tentulah panggilan yang masuk tu bukan anda sorang jer yang nak call..beratus ratus..beribu-ribu..nak salahkan person yang tak jawab panggilan tu (contoh pegawai atasan) pun tak boleh jugak sebab kadang-kadang mereka outstation.  Kalau alasan itu benar, tak mengapa..tapi jika dah selalu sangat tak berjawab panggilan tu, agak melampau jugak lah kan??  alasan tak nak menjawab panggilan bagi sesetengah individu yang menjual ikan (selfish) yang dapat i kongsikan ialah :
1) kami sibuk
2) kami bukan operator nak jawab call ni
3) bukan bahagian kami yang mereka hubungi.. asyik salah je, so kami malas nak jawab.

              Bukan nak tunding jari kat sesiapa.. ni juga salah satu nasihat pada diri i sendiri.. kalau kita tak suka orang lain buat kat kita, jadi janganlah kita buat macam tu kat orang.. Penah tengok iklan kat tv fasal talifon yang mana pegawai tersebut membiarkan saja talifon tu berbunyi, dan datang seorang pegawai lain yang tolong menjawabkan talifon tersebut? mesti pernahkan? tu semua ada mesej yang tersendiri..tetapi masih ramai lagi yang kurang sedar akan mesej yang disampaikan dalam iklan tersebut. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...