Friday, 27 July 2012

Hari Jumaat yang sedih T_T

               Sangat sedih hari ni, pagi-pagi dah kena maki hamun dek public yang xda manner.  Salah ke cakap elok-elok, sedangkan awak nak mintak tolong orang, tapi bernada tinggi.  Itulah lumrah manusia pabila tiada kesabaran dalam dirinya.

               Tapi tu xdalah sedih mana, yang paling sedih bila syok- syok shopping tuk beli bahan-bahan nak buat biskut raya.. (beli kat Chow Kit, barang buat kuih murah) dah beli dan bayar, kawan i bawak sebungkus bahan kuih i naik motor dulu (sebab naik motor buat 2 round) dia bawak yang ringan manakala dekat i yang berat.  Sedang tunggu kawan i pusing balik tuk ambil i, i pun teringat nak beli coklet compound.. Dengan "pandainya" i pun letak beg plastik tu dekat sebelah budak perempuan yang tengah duduk sambil tunggu kawan dia.  I pun cakap "letak sini dululah" sambil budak tu perhati jer i.

               Keadaan kedai sangat sesak sebab ramai orang datang tuk beli bahan-bahan untuk buat kuih disitu.  I pun mencari coklet compound, then terus Q tuk buat bayaran.  Sambil tu i jenguk-jenguk plastik kat luar, masih ada.  Bila i habis bayar, i tengok plastik kat luar langsung xda.  menangis tak berlagu.. cari kat sana sini xda, tanya orang sana sini pun xda.. then i call my mom citer..ayat yang ibu i cakap "kalau nangis pun barang tu xdatang balik..sabarlah dibulan puasa ni.."

              So, moral of the story, kalau kita sorang-sorang, jangan la tinggalkan barana-barang kita camtu jer..yang penting, jangan percaya kat orang....noktah! hu3.. okalah, sekadar berkongsi kesedihan.. dalam fikiran blank tadi..slamat berbuka dan selamat berpuasa semua  ^_~

2 comments:

  1. maybe bdk tu pown ingat ko bg kat dia kowt..
    ko ade bg tau dia ke nak tumpang letak barang kat sblh dia...???

    ReplyDelete
  2. ak juz ckp "letak sini dululah" hu3..tu je ayat ak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...