Monday, 11 June 2012

Jangan Salahkan Nasi

ikhsan dari Google~
              Jangan salahkan nasi~ terjumpa artikel ni di Metro, so sangat menarik untuk dikongsi bersama.. Kepada mereka yang nak berdiet (termasuklah i ni) mari kita fahami cara yang betul untuk berdiet.

              Nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan bertindak sebagai sumber protein yang baik bagi menggantikan daging untuk mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.  Kuantiti yang sepatutnya diambil adalah sebanyak segenggam sebelah tangan saja untuk sekali makan, ia memadai dan mengenyangkan ditambah dengan sumber protein lain seperti ikan atau ayam dan sayur-sayuran. Ingat, nasi dalam kuantiti segenggam itu adalah jumlah karbohidrat untuk sekali makan saja.

              Kita mungkin makan nasi sekali, dua, tiga atau lima kali sehari, tetapi ia harus dalam kuantiti segenggam saja.  Jika kita menukar nasi dengan mengambil roti, pasta atau mihun, cuba bayangkan kuantitinya sebanyak segenggam tangan saja.  Sebenarnya memang lebih elok kita makan nasi lima kali sehari supaya kadar metabolisme badan tinggi.  Namun ia bergantung juga kepada kemampuan diri seseorang.  Lain orang lain keadaan dirinya dan kita mesti memahami diri sendiri sebelum melakukan sesuatu yang drastik dalam usaha mengekalkan atau menurunkan berat badan.

              Tidak dinafikan tanpa nasi, ia boleh membuatkan berat badan seseorang turun, tetapi ia perlu diimbangi dengan bentuk makanan termasuk sarapan yang mengandungi kalori sewajarnya.  Mengenai amalan tidak makan nasi semata-mata untuk menurunkan berat badan, ramai yang telah praktikkan.  Namun, banyak aspek yang perlu diambil kira sama ada daripada segi ketinggian, berat badan dan umur seseorang kerana diet yang betul akan memberikan impak yang lebih baik untuk kesihatan diri.  Seseorang yang diet boleh makan nasi, tetapi hendaklah mengurangkan kuantitinya seperti separuh daripada segenggam tangan itu.  Ia diimbangi pula dengan pengambilan sayur atau lauk. Selain itu, tenaga yang keluar dan masuk harus diseimbangkan mengikut cara yang betul.  Semakin berusia seseorang itu, metabolisme semakin berkurangan.

                  Contohnya: Anda makan segenggam nasi, lauk ayam sedikit sayur dan segelas air suam, hidangan ini sesuai bagi mereka yang mahu mengekalkan atau menurunkan berat badan, kerana hanya ada satu bentuk karbohidrat saja iaitu nasi.  Berlainan pula jika anda ambil segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan minum air jus oren.  Ini kerana terdapat dua sumber karbohidrat iaitu nasi dan minuman manis tadi.  Jadi anda mesti pandai mengimbangi jumlah pengambilan makanan seharian.

                 Tidak digalakkan kita meninggalkan nasi malah berasa ia sesuatu yang praktikal lebih-lebih lagi ia makanan ruji kita sebagai masyarakat Asia. Tetapi semua itu terpulang kepada kita sendiri. Sekali lagi ditegaskan, jangan salahkan nasi dan amalkan diet praktikal setiap masa.  Kemudian pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.  Sebagai panduan, pastiakan kita mengambil dua hingga 2.5gram untuk setiap kilogram berat badan kita.  Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. So, go go chayok kepada yang nak menurunkan berat badan (termasuk tuan yang empunya blog ni. hahahaha) P/S: senaman juga perlu untuk membantu kita kurangkan berat badan serta mengekalkan kesihatan..lama dah i x bersenam..adoi~ =_="


4 comments:

  1. betul.. kena makan nasi juga sehari sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah xmakan nasi sebulan, lepas tu try makan balik nasi, perut pedih sangat2..hu3..

      Delete
  2. makan utk hidup atau hidup utk makan..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup tuk makan yer en. Rudy.. tapi sekarang makan tuk hidup..ha3..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...