Friday, 15 June 2012

Supermuz must be return's wedding~

                  Sambungan dari kesah sebelum ni dimana majlis kahwin kawan2 i yang disebut2 dah tiba..ha3.. merepek. Tapi majlis dah langsung lama dah 2 Jun 2012 ari tu..ha3..baru ni dapat pic dari kawan i Muz yang suka di panggil Supermuz sebab dia suka sangat dengan barang-barang Superman ni..hantaran pun da gak barang superman.. yang paling menarik dengan majlis dia ni, pembantu-pembantu dia pun pakai t-shirt superman..(dia yang sponsor) tapi dukacitanyer, pic xdpt banyak..hu3..so enjoy je la pic kat bawah ni..-lokasi di Klang

tiga sekawan~

penganti baru, pengantin lama & pengantin wannabe~ ha3..

di paksa oleh pengantin tuk bersanding..


adoila..ada ker pengantin paksa kami bersanding.. so terpaksa layankan jer..malu pun ada time ni..ha3.. insyallah ada jodoh kami, adalah..doakan yang terbaik buat kami berdua yer..hu3..

Monday, 11 June 2012

Jangan Salahkan Nasi

ikhsan dari Google~
              Jangan salahkan nasi~ terjumpa artikel ni di Metro, so sangat menarik untuk dikongsi bersama.. Kepada mereka yang nak berdiet (termasuklah i ni) mari kita fahami cara yang betul untuk berdiet.

              Nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan bertindak sebagai sumber protein yang baik bagi menggantikan daging untuk mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.  Kuantiti yang sepatutnya diambil adalah sebanyak segenggam sebelah tangan saja untuk sekali makan, ia memadai dan mengenyangkan ditambah dengan sumber protein lain seperti ikan atau ayam dan sayur-sayuran. Ingat, nasi dalam kuantiti segenggam itu adalah jumlah karbohidrat untuk sekali makan saja.

              Kita mungkin makan nasi sekali, dua, tiga atau lima kali sehari, tetapi ia harus dalam kuantiti segenggam saja.  Jika kita menukar nasi dengan mengambil roti, pasta atau mihun, cuba bayangkan kuantitinya sebanyak segenggam tangan saja.  Sebenarnya memang lebih elok kita makan nasi lima kali sehari supaya kadar metabolisme badan tinggi.  Namun ia bergantung juga kepada kemampuan diri seseorang.  Lain orang lain keadaan dirinya dan kita mesti memahami diri sendiri sebelum melakukan sesuatu yang drastik dalam usaha mengekalkan atau menurunkan berat badan.

              Tidak dinafikan tanpa nasi, ia boleh membuatkan berat badan seseorang turun, tetapi ia perlu diimbangi dengan bentuk makanan termasuk sarapan yang mengandungi kalori sewajarnya.  Mengenai amalan tidak makan nasi semata-mata untuk menurunkan berat badan, ramai yang telah praktikkan.  Namun, banyak aspek yang perlu diambil kira sama ada daripada segi ketinggian, berat badan dan umur seseorang kerana diet yang betul akan memberikan impak yang lebih baik untuk kesihatan diri.  Seseorang yang diet boleh makan nasi, tetapi hendaklah mengurangkan kuantitinya seperti separuh daripada segenggam tangan itu.  Ia diimbangi pula dengan pengambilan sayur atau lauk. Selain itu, tenaga yang keluar dan masuk harus diseimbangkan mengikut cara yang betul.  Semakin berusia seseorang itu, metabolisme semakin berkurangan.

                  Contohnya: Anda makan segenggam nasi, lauk ayam sedikit sayur dan segelas air suam, hidangan ini sesuai bagi mereka yang mahu mengekalkan atau menurunkan berat badan, kerana hanya ada satu bentuk karbohidrat saja iaitu nasi.  Berlainan pula jika anda ambil segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan minum air jus oren.  Ini kerana terdapat dua sumber karbohidrat iaitu nasi dan minuman manis tadi.  Jadi anda mesti pandai mengimbangi jumlah pengambilan makanan seharian.

                 Tidak digalakkan kita meninggalkan nasi malah berasa ia sesuatu yang praktikal lebih-lebih lagi ia makanan ruji kita sebagai masyarakat Asia. Tetapi semua itu terpulang kepada kita sendiri. Sekali lagi ditegaskan, jangan salahkan nasi dan amalkan diet praktikal setiap masa.  Kemudian pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.  Sebagai panduan, pastiakan kita mengambil dua hingga 2.5gram untuk setiap kilogram berat badan kita.  Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. So, go go chayok kepada yang nak menurunkan berat badan (termasuk tuan yang empunya blog ni. hahahaha) P/S: senaman juga perlu untuk membantu kita kurangkan berat badan serta mengekalkan kesihatan..lama dah i x bersenam..adoi~ =_="


Wednesday, 6 June 2012

Selamat Pengantin Baru~



              Bulan Jun ni ramai kawan-kawan dan sedara mara i kawen..hu3..tahniah, tahniah.. tapi yang paling bosan soalan yang keluar dari orang lain dekat i ialah "kamu bila lagi ni?" aduss.. dengan selamba n cover i pun cakap "insyallah tahun depan langsungnyer" ha3.. mudah-mudahan sampailah jodoh i tu. Yelah, siapa yang xnak kawen kan?? ni ada a few pic cousin i bersanding di Bora Ombak, Ampang pada 3 Jun hari tu.. layan~

cantiknyer pelamin ni~
congratz Alya n Megat~

siap ada band lagi..
Ada lagi pic kawan-kawan i yang majlisnyer bulan Jun ni akan di upload kendian yer..hu3..but to my frn Ekin di Penang, sorry xdapat hadir your wedding cz i xdapat cuti.. sangat sedih klik sini  tuk pic baru


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...