Friday, 20 April 2012

Hari Jumaat yang pertama~

           Hari Jumaat yang dinanti-nantikan dah tiba~ hu3.. Jumaat yang pertama i berada kat opis baru, so xtau la nak kemana hari ni time lunch.. Maybe follow kawan i yang keja kat mahkamah kot.  Dia cakap nak g karoke (sure ke i nak join ni..batuk xelok lagi ni  =_=" )  hurmmm.. ke ak g Sogo? ha3.. sensorg ke Sogo? biar betul..da sesiapa nk temankan??

           Bercerita fasal kes i semalam yang hampir di "debik" oleh orang kurang siuman tu, i bercadang nak ambik kelas taekwondo. Ha3.. dah tua-tua baru nak ambik? tapi mampu ke i nak buat tu smua? hurmmm..

Thursday, 19 April 2012

welcome to a new life~



           Bersarang sudah blog ni..muahahahaha.. sibuk sangat dengan kursus terakhir di KPT, punggah-punggah barang tuk pindah dan macam-macam lagi.. Sekarang i dah ada di KL and the new life begin~ mula lapor diri di Putrajaya pada 16 April 2012, kemudian dapat penempatan di KL.. esoknya 17 April bermula sudah pekerjaan di tempat baru... semuanya baru kecuali bangunan tempat i keje je y lama..muahahahaha (maaf terkutuk)

          Kat sini suasana xsama ngn tempat lama, dah xboleh nak online FB dah..sebab dorang block terus (nasib kat umah ada line tenet..guna cik M punya) dan bermulalah kehidupan sebagai sebahagian dari warga kota metropolitan yang mana keluar rumah xnampak matahari, dan balik pun xnampak matahari..hu3..jem sana sini..sesak sana sini..penuh warga asing (sekarang mana-mana pun ada) 

             Hari ni 19 April 2012, macam biasa i keluar rumah jam 7 pagi nak pergi keja.. sampai je kat Pasar Seni i pun cari la kedai mamak nak break first.. rindu lak kat mamak Penang kan..hu3.. i order mee hoon goreng dan teh tarik kurang manis.. bila sampai je makanan tu, fulamak..kurang sedap lah pulak..xsama macam kat Penang, mamak tu masak sedap jer. so i pun makan sikit jer.. dalam pada tu, i tengok ramai jer orang pakai payung (tetiba rasa pelik sebab tadi elok je cuaca) rupa-rupanya memang betul hujan..jam kat tangan menunjukan jam 7.50pagi.. so nak xnak i pun bayar dan redah jer la hujan.   masa nak ke Daya Bumi (dalam keadaan rushing) i bertembung ngan sorang lelaki (nampak cm remaja) i pun berdehem sebab batuk xelok lagi.. tiba-tiba, dia marah macam nak pukul i. nasib sempat i elak, kalau x, xfasal-fasal je kena debik pepagi ni.  hurmmm dah la basah kuyup kena hujan, lupa pulak nak beli air mineral. Tapi masa tunggu nak melintas, adalah sorang umat ni bagi i tumpang berteduh bawah payung dia.. Thanks buat minah tu, cian dia kata tengok i berhujan..hu3...Ni dah naik pening kepala sebab kena hujan, hope xda la kena demam cz baru jer baik dari demam.

Sunday, 8 April 2012

Great view~

Bulan penuh..

Pic ni di ambil pada jam 7.12petang 6 April 2012, dalam perjalanan ke KL sebelum sampai ke Behrang.  I nampak macam sebuah lukisan jer, ada pelangi, burung-burung bertebangan dan bulan penuh yang agak besar.  Macam xpercaya jer.. seperti sebuah lukisan.  Tapi sayang, i xsempat nak snap pic waktu tu..sebab terlalu asyik tengok pemandangan.. so, pic ni pun i sap dah hujung-hujung jer.. but for me, it's still lovely.. Tapi lepas jer masuk Behrang, terus xnampak bulan tu..indahnya ciptaan Allah S.W.T.. Nauzubillah..

Saturday, 7 April 2012

Outdated Event: Hari Bersama Pelanggan



          Hari Bersama pelanggan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.. kami adakan di library sebab anjuran unit Psikologi & Kerjaya bersama library..  macam-macam aktiviti di adakan kat library waktu tu..

ni banner yang i buat..hu3.. xcantik pun


game "how many" teka berapa byk buku yang ada

game guess what & magic box


ni game guess what

untuk game magic box, xda pic cz i bz edarkan kertas untuk pelajar buat ujian lukisan

bentuk geometri y di beri

mencari idea..

hasil lukisan pelajar..




idea ni i ciplak masa i kursus i-kreatif hari tu.. ada dalam entry i sebelum ni klik sini .. mula-mula xdapat sambutan tuk ujian ni..alasan pelajar "saya xkreatif, saya xreti lukis" tapi lama-lama ramai juga y berminat..walaupun xda hadiah untuk lukisan ni..sebab sekadar luahan dari pelajar ke dalam lukisan..

pameran psikologi & kerjaya

ada juga klinik kaunseling bagi pelajar yang perlukan perkhidmatan kaunselor

sesi kaunseling.. ni fasal kerjaya yer..bukan personal..hu3..

hadiahnyer..
  
pemenangnyer..

lama dah program ni..tapi xberkesempatan tuk masuk dalam blog ni..hu3..pape pun, program ni berjalan lancar..






Friday, 6 April 2012

'MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012'

        Nampak entry ni kat blog mimie so, i pun nk join gak la..he3.. meh la kita join beramai2..



tekenan ngn jam ni..ha3.. so, cecuba nasib je ni.. nak join meh klik kat sini join, jangan xjoin..


Thursday, 5 April 2012

Outdated event : Jom Masuk "U" anjuran KPT

            Jom Masuk "U" anjuran KPT yang berlangsung pada 18 Feb 2012 di Sunway Karnival Pulau Pinang mendapat sambutan yang sangat baik.  Kenapa tajuk i Outdated event? sebab event ni dah lama, dan baru sekarang i nak tulis dalam blog i ni..biasalah kekangan masa..hu3.. macam-macam University & Kolej ada pada masa pameran ni.. i pula duduk di both Politeknik untuk mempromosikan Politeknik ni kepada pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan juga lepasan SPM.  Ramai sampi sesak nafas dibuatnyer.. Pelajar-pelajar Politeknik juga turut membantu menjayakan promosi ni.. dari 3 buah Politeknik.. Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai & Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Kedah).  Manakala our otai Politeknik Premier ialah Politeknik Ungku Omar (Perak).

           Dari promosi ni, pelajar-pelajar dapat tahu info lebih lanjut mengenai Politeknik, Kolej & University yang mereka inginkan.. caranya mudah jer.. beli No Pin dekat Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60, kemudian masuk ke laman web www.upu.edu.my dan pilih TVET bagi Politeknik, manakala IPTA untuk Politeknik Premier & University.  Bagi pelajar yang masuk ke Politeknik, untuk pengambilan sesi Julai, anda perlu isi borang di UPU sebelum 1April.  Bagi kemasukan Disember pula perlu ke laman www.politeknik.edu.my.

           Yuran bagi setiap semesta untuk Politeknik ialah RM200.00 manakala yuran asrama RM60.00. bagi yuran lain-lain bergantung pada Politeknik tersebut tetapi had makximum adalah RM600.00.  Cewah.. siap buat pormosi lak kat dalam blog ni..almaklumlah, dah biasa buat promosi kat sekolah-sekolah.. he3.. so, kat bawah ni da beberapa keping pic i ke event tu.. dapat lak jumpa kawan i dari KPT & JPT si Dino & Zaidi

bersama loke & pelajar

si Dino & Zaidi yang suka mengusik

meh la beramai-ramai..

Wednesday, 4 April 2012

Triple Town Game

Pernah main game Triple Town x? he3.. ni salah satu game tuk hilangkan bosan anda..


Game Triple Town

cara menghilangkan stress

Akibat terlalu stress dengan situasi di tempat keja, maka terhasillah satu lukisan kanak-kanak riang dari i.. hu3..


kalau korang nampak lukisan ni, apa yang boleh korang gambarkan mengenai pelukis ni??

hu3.. lukisan ni bermaksud: pelukis perlukan suasana yang tenang, aman damai.. betul x? ^_^

status update

           Wah.. lamanyer x update blog ni..besarang dah.. sebenarnyer i bz sejak akhir-akhir ni.. banyak pogram student n keja-keja belambak bos bagi..muahahahaha.. tapi kali ni lagi bz cz i dapat call dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai status petukaran i yang dah genap setahun tu..ha3.. And the news is.. i dapat tukar balik ke KL.. but under Kementerian Tanah & Galian.. hurmm.. no more under Kementerian Pengajian Tinggi.. will miss my friends there.. lepas ni dah xda la kursus-kursus and program-program yang menarik.. dah xdapat keluar, duk je la dalam opis jawab call and entertain customers..muahhahaha..

           Walaupun baru 2tahun i berkhidmat di KPT ni, i rasa best sangat..but y kurang best tu, will not share with u guys (biarlah i y tahu) ngeh3.. banyak jugak i belajar dekat sini.. and the most important i've learn "Life like colours" & "Human is unique" kenapa i cakap macam tu? sebab cuba kita tengok kat sekeliling kita ni ramai je manusia dengan macam-macam perangai dan perangai mereka tu juga membuatkan kita rasa rimas dan menyampah.. dan ada kalanya, membuatkan kita rasa suka dan sayang dengan mereka. betul x? and thats what we call it "colours" and "unique". tanpa mereka, dunia ni xda beza warnanya..

           So, kepada yang sudi baca coretan blog i ni, i ucapkan terima kasih banyak-banyak..tanpa anda, xdala blog i ni (cewah..ayat xboleh blah) ngeh3.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...