Monday, 20 February 2012

Apa itu Demodex?

            Mungkin ada sesetengah orang tau apa itu Demodex.. tapi, i baru jer tau hari ni.. Demodex atau lebih dikenali sebagai Demodex Folliculorum merupakan sejenis parasit yang tinggal di folikel rambut manusia dan mengakibatkan masalah kulit kepala teruk ditambah kegatalan yang ketara jika dibiarkan berlarutan. Ia juga mengakibatkan keguguran rambut. Lazimnya, parasit ini terdapat pada mereka di pertengahan usia, namun ia tidak terkecuali kepada kanak-kanak.

            Kajian dari sebuah universiti menunjukan Demodex boleh didapati hampir 88% di kepala lelaki & wanita - akibatnya, proses penipisan rambut yang teruk dan menyebabkan kebotakan. Parasit ini memiliki mulut seperti jarum tajam yang mana ia mampu menusuk masuk terus ke akar rambut bagi menyerap nutrisi. Demodex juga mampu menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai sisa buanganya. Lemak terhasil dari sisa yang tinggal di atas kulit kepala akan berubah menjadi kotoran & bakteria- mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak & bermasalah.

           Demodex tidak dapat dilihat melalui mata kasar seperti kutu, kerana saiznya yang sangat kecil (0.3mm-0.4mm) ia juga mampu bergerak sepantas 8-16cm/jam. Ia melalui lima peringkat kiraran hidup. Selepas mengawan di sekitar permukaan kulit kepala, ia akan kembali ke liang rambut untuk membiak kira-kira 25 telur. Mengambil masa kira-kira 10hari untuk menjadi dewasa, jangka hayat akan bertahan kira-kira 3minggu sebelum menjadi bangkai yang membawa bakteria di kulit kepala.

          Demodex boleh berjangkit melalui sofa atau bantal, sentuhan fizikal- berpelukan atau berkongsi tuala dengan individu pembawa parasit itu (jadi elak dari berkongsi apa-apa keperluan asas dengan pasangan anda & pastikan ia ditukar mengikut keperluan). Haiwan peliharaan atau pengambilan makanan yang berminyak juga salah satu puncanya. Parasit ini juga menjangkiti kulit kepala yang tidak terjaga dengan rapi seperti berminyak dan kelemumur kerana ia sememangnya gemarkan tempat yang gelap & kotor sebagai punca pencarian makanan & pembiakan mereka.

           Tanda-tanda awal : kepala gatal, seakan sesuatu merangkak di bahagian berbulu atau kawasan rambut selain penipisan rambut yang luar biasa. Jadi, kerapkan membersih kepala anda dengan syampu yang bersesuaian ya...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...