Monday, 20 February 2012

Apa itu Demodex?

            Mungkin ada sesetengah orang tau apa itu Demodex.. tapi, i baru jer tau hari ni.. Demodex atau lebih dikenali sebagai Demodex Folliculorum merupakan sejenis parasit yang tinggal di folikel rambut manusia dan mengakibatkan masalah kulit kepala teruk ditambah kegatalan yang ketara jika dibiarkan berlarutan. Ia juga mengakibatkan keguguran rambut. Lazimnya, parasit ini terdapat pada mereka di pertengahan usia, namun ia tidak terkecuali kepada kanak-kanak.

            Kajian dari sebuah universiti menunjukan Demodex boleh didapati hampir 88% di kepala lelaki & wanita - akibatnya, proses penipisan rambut yang teruk dan menyebabkan kebotakan. Parasit ini memiliki mulut seperti jarum tajam yang mana ia mampu menusuk masuk terus ke akar rambut bagi menyerap nutrisi. Demodex juga mampu menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai sisa buanganya. Lemak terhasil dari sisa yang tinggal di atas kulit kepala akan berubah menjadi kotoran & bakteria- mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak & bermasalah.

           Demodex tidak dapat dilihat melalui mata kasar seperti kutu, kerana saiznya yang sangat kecil (0.3mm-0.4mm) ia juga mampu bergerak sepantas 8-16cm/jam. Ia melalui lima peringkat kiraran hidup. Selepas mengawan di sekitar permukaan kulit kepala, ia akan kembali ke liang rambut untuk membiak kira-kira 25 telur. Mengambil masa kira-kira 10hari untuk menjadi dewasa, jangka hayat akan bertahan kira-kira 3minggu sebelum menjadi bangkai yang membawa bakteria di kulit kepala.

          Demodex boleh berjangkit melalui sofa atau bantal, sentuhan fizikal- berpelukan atau berkongsi tuala dengan individu pembawa parasit itu (jadi elak dari berkongsi apa-apa keperluan asas dengan pasangan anda & pastikan ia ditukar mengikut keperluan). Haiwan peliharaan atau pengambilan makanan yang berminyak juga salah satu puncanya. Parasit ini juga menjangkiti kulit kepala yang tidak terjaga dengan rapi seperti berminyak dan kelemumur kerana ia sememangnya gemarkan tempat yang gelap & kotor sebagai punca pencarian makanan & pembiakan mereka.

           Tanda-tanda awal : kepala gatal, seakan sesuatu merangkak di bahagian berbulu atau kawasan rambut selain penipisan rambut yang luar biasa. Jadi, kerapkan membersih kepala anda dengan syampu yang bersesuaian ya...



Tuesday, 14 February 2012

Rahsia Lelaki

Bagi wanita-wanita yang nak pilih pasangan, leh la baca rahsia mengenai lelaki ni.. meh baca meh~


Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.
 
Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
 
Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
 
Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!
 
Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
 
Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
p/s: sumber dapat dari kawan lelaki i tau..hu3..

Apakah maksud...

Apa maksudnya kalau seseorang lelaki mengucapkan perkataan "tolong lupakan saya" adakah dia benar-benar memaksudkannya, atau sebaliknya? i ada wat survey dengan beberapa orang kawan lelaki, dan mereka jawab:

  1. dia memang bermaksudkan begitu
  2. dia nak kamu lupakan dia, sebab dia xmampu tuk lupakan kamu
  3. apa punya soalan daa..
Cerita berbunyi macam ni, mula-mula lelaki tu (best friend) sms dengan gurl tu.. kata nak jumpa, tapi jodoh mereka xda. Sebab tiap kali nak jumpa, mesti xjadi... Last-last boy ni sms ayat cam ni:

Boy: Kita xpayah jumpa sampai bila-bila la
Gurl: Pulak..ngajuk dah ke?
Boy: Saya nak awak lupakan saya
Gurl: Pe hal lak mamat ni? buang tebiat apa? apa fasal?
Boy: Xda pape, saja je nak awak lupakan saya
Gurl: Saya tau, sekarang ni awak dah ada GF, saya pun dah ada BF..so, xsalahkan kalau kita berkawan?
Boy: Ye, betul.. tapi.. ala, lupakan saja saya ni..please..
Gurl: Senangnyer awak cakap. Ingat memory saya ni memory CPU? senang-senang nak deleted?
Boy: Ala.. awak lupakan je..deleted no fon saya ni, deleted jugak pic-pic semua.. saya nak awak tolong lupakan saya...
Gurl: Kalau itu yang awak nak.. ok, fine..
Boy: Thanks..

Selang seminit, gurl mesej boy tu

Gurl: Awak ni ego, awak yang xboleh lupakan saya.. tu sebab awak suh saya lupakan awak kan? awak xboleh terima hakikat yang saya dah da BF.. sebab awak masih sukakan saya kan? baiklah, saya xcontect awak lagi
Boy: Saya xnak mengharap lagi... terima kasih~

Monday, 13 February 2012

Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain


mungkin ramai dah terima email ni.. tapi i tetap nak share..hu3.. juz enjoy


Puisi si suami


Isteriku... , 
jika engkau bumi, 
akulah matahari. 
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.. 
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. 
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang - kadang bumi terasa akan silauan ku. 
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, 
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku. 

Lalu....... 
Relakanlah aku menyinari planet lain, 
menyampaikan faedah adanya aku, 
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain... 



*** Balasan Puisi sang isteri*** 

Suamiku, 
andai kau memang mentari, 
sang surya yang memberi cahaya, 
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang 
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu 
dan.... 

aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu... 


AKAN TETAPIIIIIIII.......................... 

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, 
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! 
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi. 
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, 
di tengah remang - remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti... 

Cuba lihat siapa dirimu... 
MATAHARI atau lilin ? 
atau jangan - jangan.......................cuma mancis saja!!!!!  


Friday, 10 February 2012

Renungan hari Jumaat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu adalah jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka" ~riwayat Abu Daud.

Thursday, 9 February 2012

A Simple Friend vs. A Real Friend

buka email n terbaca lak email lama ni dari arwah kawan i...


A GOOD FRIEND  TEST!   



A simple friend, when visiting, acts like a guest. 

A real friend opens your refrigerator and helps himself 
and doesn't feel even the least bit weird shutting your 
'beer/Pepsi drawer' with her foot!   
    

  
A simple friend has never seen you cry. 
A real friend shoulder is soggy from your tears.. 


A simple friend doesn't know your parents' first names. 
A real friend has their phone numbers in his address book. 


A simple friend brings a bottle of wine to your party. 
A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean. 


A simple friend hates it when you call after they've gone to bed. 
A real friend asks you why you took so long to call. 


A simple friend seeks to talk with you about your problems.   
A real friend seeks to help you with your problems. 


A simple friend wonders about your romantic history. 
A real friend could blackmail you with it! 


A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument. 
A real friend calls you after you had a fight. 



A  simple friend expects you to always be there for them.   
A real friend expects to always be there for you! 




When  you are down to nothing ... 
God is up to something. 

'Never frown, even when you are sad,   
because  you never know who is 
falling in love with your smile.'

Kawan & Lawan

           Hi, lama xterjah blog ni.. maklumlah cuti 5hari.. letihnyer perjalanan dari selatan ke utara..minggu depan balik lagi sebab da wedding my fren masa sekolah menengah dulu..

          Ok, topik kali ni adalah kawan & lawan nape topik ni yang i pilih? sebab teringat cerita suatu ketika dulu..ha3.. Korang ada BFF x? pernah x korang bergaduh ngn BFF korang tu? korang ada musuh? pernah x korng berbaik dengan musuh korang? ha3.. soalan yang tah pape jer.. benda ni pernah berlaku dekat i, yang mana kawan yang i baik bertukar menjadi lawan.. al kisah, sebab beberapa perkara yang tidak masuk akal.. bermula dengan salah faham dan kemudian bertukar menjadi pergaduhan.. lama-lama, dua-dua xnak mengalah.. (tapi sekarang dah kawan balik, cuma xserapat macam mula-mula dulu)


         Kes yang mana lawan menjadi kawan? oh, kes ni bukan sebab dia adalah lawan i.. tapi dia adalah kawan yang i xrapat langsung mula-mula dulu, sering bercanggah pendapat dan sering bertegang urat bila berjumpa sebab perkara yang remeh temeh juga.. (kadang-kadang cakap dia jer yang betul) tapi lama kelamaan, kami menjadi rapat, dan perangai pun dah berubah (mungkin sebab dah makin tua kot? ha3..) nak kata kami dah jadi BFF? mungkin? apa-apa pun, setiap manusia akan berubah..betul x?

Thursday, 2 February 2012

STRESS!! tapi tolong jangan keja camni tau~

Anda stress di tempat keja? ramai yang stress.. tapi, jangan lak jadi macam yang kat bawah ni yer... relax...



Wednesday, 1 February 2012

Hilangkan bosan di office

Cara nak hilangkan bosan keja...sengal2 badan...fedup tengok komputer....

1. mula2...cari lalat, pukul bagi mati, tapi jangan sampai terpenyet...
2. Ambik kertas, susun lalat2 yang mati tadi ikut kesukaan...
3. lukis apa2 y patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...
4. Hasilnya.....tadaaaaa..... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi...boh lam frame....
5. Boleh gak guna menatang lain...contohnya lipas, lipan, katak, belalang, kutu, riang2... nak besar lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka.....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...