Tuesday, 31 January 2012

Nasi goreng cendawan

nasi goreng cendawan

Bahan-bahan:
  • sepinggan nasi putih sejuk (sorang makan)
  • cendawan tiram (atau nak letak cendawan butang pun boleh atau campur2 cendawan pun boleh)
  • sedikit lobak merah - potong ikut suka, i hiris2 jer
  • 3biji cili padi (ikut suka pedas) - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sedikit daging ayam / daging (i letak bebola ayam sebab xbeli daging ayam..ha3..)
  • 1sb sos tiram
  • garam secukupnya
  • sedikit minyak untuk memasak
* kalau nak letak sedikit kuib pati ayam/ikan bilis pun boleh..

Cara-cara:
  • panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • setelah naik bau, masukan daging ayam/daging (i letak bebola) dan gaul seketika.
  • setelah daging agak masak, masukan pula sos tiram, cendawan dan lobak. kemudian gaul.
  • perasakan dengan garam, (time ni juga boleh masukan kuib pati ayam.ikan bilis)
  • masukan nasi, gaul dan biarkan ia masak..
senangkan? ni namanya resepi suka-suka hati dari i.. hu3.. tapi, sedap jugak (puji diri sendiri)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...