Friday, 7 October 2011

Mee Kering ladna



bahan-bahan untuk seorang makan:

  • 1 atau 2 keping mee kering (ikut nak banyak mana)
  • 200g daging/ayam cincang (i letak sekali bebola ayam tuk bykkan bahan) :)
  • 2sb kicap
  • 2 atau 3 ulas bawang putih -diketuk 
  • 1 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 biji cili padi (ikut suka nak letak byk mana. kalau nak pedas tambah la..i kurang mkn pedas)
  • 1/2 kuib pati ayam/daging
  • 1 cawan air (ikut nak banyak mana kuah)
  • sayur (ikut suka. i letak lobak merah, sawi, kobis n tomato ceri)
  • 1sb tepung jagung
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk memasak
cara nak masak:

  1. Celurkan mee kering tadi, kemudian toskan.
  2. Gaulkan mee tadi dengan kicap dan gorengkan sedikit mee tadi.
  3. Panaskan minyak untuk tumis bawang-bawang tadi dan juga cili padi, kemudian masukan daging/ayam cincang tadi.  gaul sampi separuh masak. (kalau letak bebola ayam, masukkan tym ni)
  4. Masukan air dan kuib ayam, bila dah mendidih masukan pula sayur.
  5. Masukan garam secukup rasa
  6. Masukan bancuhan tepung jagung tadi dan pelahankan api. masak sehingga kuah pekat.
  7. dah masak, tuangkan kuah ke atas mee..boleh la makan..he3..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...