Tuesday, 11 October 2011

Manusia tidak pernah puas

            Kenapa entry i kali ni bau len macam jer? ha3.. bau hangit? Unsur2 perli? memang benar kan manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Sama juga dengan i. Memang tipu kalau kita cakap kita puas dengan apa yang kita dah ada sekarang ni. Sebab manusia tak sempurna, mereka selalu mengeluh, selalu mengandai2, selalu berperasangka dan ada juga yang suka menyalahkan..

            Mungkin hanya alim ulama saja yang bersyukur atas apa yang mereka ada. Nak di jadikan cerita, i pernah je mengeluh dan berkata "nape semua keje nak bagi kat aku ni? ingat aku ni apa? semua tu xda dalam senarai tugas aku lah" atau pun ayat macam ni "aik, sikit gila gaji ni..dulu keje swasta banyak jer gaji (tapi masih xcukup) ni gaji banyak ni, macam mana nak survive ni?" tapi bila di fikir2 balik, ada hikmah disebaliknya..he3.. I kena berterima kasih pada orang yang bagi i keja tu, sebab i boleh belaja sesuatu dari keja yang mereka suruh i buat tu. memanglah nampak macam kena buli, tapi sekurang2nya ada ilmu dan ada pengalaman. Berkenaan dengan gaji pula, i cuba bersyukur kerana ramai kawan2 i yang keja swasta nak sangat masuk keje gov ni, xdapat2.

          Dengar aje budget 2012 ari tu, kenaikan gaji tahunan ramai yang xpuas hati. mula2 dengar memang la i xpuas hati sebab "yang kaya makin kaya, yang miskin ketinggalan" tapi, tiba2 perasaan sebak datang. i jadi hairan. baru i tersedar, sepatutnya i rasa bersyukur kerana dapat keja gov, ada kenaikan gaji, ada macam2 kemudahan. dan yang paling penting, kita rakyat Malaysia patut bersyukur sebab kita tinggal di Malaysia. Sebab di negara lain, kita xdapat rasa keistimewaan macam sekarang ni. Tak percaya? anda pergilah tengok sendiri rakyat kat negara China, Pakistan, Indonesia dan sebagainya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...