Friday, 7 October 2011

char kue teow goreng


Bahan2 tuk sorang makan:

  • 1/2 kue teow (ikut nak banyak mana)
  • 1 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2sb cili blend
  • 2sb kicap
  • 2sb sos tiram
  • 2sb minyal
  • 200g daging/ayam cincang (kalau nak letak sea food cam udang/kerang boleh gak)
  • beberapa biji bebola ayam (kalau nak letak)
  • sayur (ikut nak letak sayur apa, xnak letak pun xpe.. i letak sawi..nak letak togeh boleh, tapi i xmakan togeh)
  • sebiji telur ayam - dipukul sedikit
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

cara masak:

  1. Basuh kue teow dulu, kemudian toskan
  2. panaskan minyak, kemudian tumis bawang2 dan cili sehingga cili masak
  3. masukan daging cincang dan bebola (jika masuk) dan gaulkan.
  4. masukan air, kicap dan sos tiram. perasakan dengan garam
  5. masukan sayur dan kue teow
  6. kemudian masukan telur yang telah dipukul tadi dan gaulkan.
  7. masak sehingga kue teow betul2 masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...