Thursday, 8 September 2011

Selamat Hari Raya

            Masih sempat lagi kan kalau i ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua.. He3.. lama dah x buka blog ni. Maklumlah sibuk beraya (tapi xraya sakan pun) cam na u all punya cuti raya best? he3.. i tahun ni beraya  4orang jer.. i, adik i 2orang n ibu. dua orang kakak i beraya rumah mertua.. walaupun beraya 4orang, tapi masih sama cuma xmeriah sangat jer.. ibu masih masak masakan jawa iaitu "sambal goreng"..sedapnyer.. rendang ayam pencen, kuah kacang, kuah lodeh, rendang daging kicap & nasi impit. Dulu masa arwah ayah ada, dia akan anyam ketupat n ibu pula akan rebus. Tapi bila dia dah xda, ibu hanya mampu buat nasi impit sebab xda siapa yang reti anyam ketupat. ibu dah xlarat nak buat semua tu.

           Selalu kalau datang ke negeri 9, rendang mereka warna kuning lebih kurang macam masak lemak cili padi.. walaupun ibu i ni orang negeri 9, tapi dia xreti sangat masak masakan negeri sebab arwah ayah orang Johor, so ibu selalu masak masakan orang Johor. He3.. Tiap kali raya kalau bertandang ke rumah sedara belah ibu, mesti ada rendang kuning tu, pedasnyer.. i adik beradik xtahan pedas, jadi silap2 mesti nak kena jumpa Mr. Tan..das.. ha3..Sedara i pula rasa pelik bila datang ke rumah i, sebab ada sambal goreng. bak kata orang, rasa sekali pasti nak lagi.. siap minta resepi dengan ibu. ha3..ibu i reti ni pun sebab arwah ayah yang ajar, bagi resepi semua.. bukan tu jer, laksa johor, asam pedas johor, nasi tulang dan macam2 lagi~

            Selalu tiap kali raya, mesti malam raya masih sibuk kemas rumah, pasang langsir, siapkan lauk2 tuk raya.. Pagi raya pula sibuk nak isi kuih dalam balang. Tapi kali ni, malam raya kami semua relax sebab dah berjaya siapkan kerja2 tu sebelum berbuka puasa. memang lah cam xsyok jer malam raya tu bunyinyer..tapi i rasa sama jer sebab suasana hari raya tu dah lama terpadam sejak arwah ayah pergi meninggalkan kami semua. Bagi i raya ke, xraya ke sama jer.. tapi kami tetap sambut raya bersama sebab nak hilangkan rasa rindu kami pada ayah. Ibu sampai sekarang xboleh dengar lagu raya dari S Jibeng 'Musafir di Aidilfitri". hanya  S Jibeng yang nyanyi lagu tu jer ibu akan menangis.. kalau artis lain yang nyanyi ibu xsedih pun. Masih teringat lagi masa mula2 sambut raya tanpa ayah, ibu sampai xboleh dengar orang takbir, ibu marah kami suruh off tv. I faham perasaan ibu kehilangan suami yang tercinta..kami pula kehilangan ayah yang di sayangi. sekarang sudah 7tahun kami beraya tanpa ayah.. moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yang beriman.

         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...