Thursday, 29 September 2011

count on me - bruno mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah..

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Wednesday, 28 September 2011

Sedihnyer bila diri kita di lupakan

            Sedih sangat2 hari ni bila kita di lupakan oleh org len. Sebenarnyer xkesah pun, tapi apalah salahnye meringankan mulut tu menjemput i ni tuk join sekali lunch ngn dorg.. sebelum tu bos i bertanya:

Bos : ada x dorg ajak lunch sama?
I      : huh? (tekejut)
Bos : ada x dorg ajak g lunch sama2?
I      : siapa?
Bos : hurmm..xpelah

i pun senyum jer sebab x tau apa yang dimaksudkan ngan bos i tu. Rupa2 nya, bos i nak belanja staff admin lunch, tapi dia minta staff kewangan inform semua staff admin. I pun diam je, tunggu ada x sesiapa yang kol ext no i. sampilah bos i keluar, pun dia xcakap pape. i pun diam lagi..kira sampi ke sudah xda siapa pun bagitau. alasan dorg " bukan hang PA dia ka? xkan la bos hang x habaq papa ngan hang?" hurmm..memang la i ni PA kepada dia, tapi xda la semua benda i nak tanya dia kan?

Monday, 19 September 2011

Bertahankah aku?

            Bertahan kah aku? masih boleh bertahan? sampai bila? ni lah ayat2 yang bermain dalam fikiran i. seksa rasanya bila nak hadap benda ni tiap2 hari. kadang2 rasa nak jerit jer.. tapi buat apa? buat sakit tekak je kan? Lagi lama i keja dekat tempat ni, lagi banyak dosa i buat. DOSA?? ye lah, dah orang xsuka kat i, i pun menyampah kat orang tu, mesti je da benda nak di ngumpatkan.ha3.. jadi, bertambah2 lah dosa i ni kan.

             kadang2 i x ngumpat dorang pun, tapi dah dorang dok cakap kuat2 x hormat orang lain, siap nak ngumpat orang bagai.. jadi bila i terdengar, mestilah i dengan terdetiknya akan cakap dengan sendiri "ish, dorang ni, bising jer, ngumpat semua bagai" jadi mestilah dengan kata2 i tu, dah terpalit dosa..hu3..  Tiap2 hari i berdoa tuk di permudahkan dan dipercepatkan pertukaran i ni. i x happy pun kat tempat orang ni.i derita, sengsara..hu3.. boleh kata tiap2 hari nak g office i malas..malas sangat2.. bila cuti i happy sikit, even dok je kat tempat orang ni. tapi i lagi happy kalau dapat balik kampung n balik KL jumpa my frns n my hubby. kat sini apa pun xda.

            Happy sangat2 bila tengok kerenah family, jumpa kawan2 n my hubby.. tapi bila sampai masa nak kena balik Penang, i rasa malas, rasa sedih n macam2 lagi lah. x happy langsung. n asyik sakit jer..hurmm..susahnyer nak dapat tukar ni...

Monday, 12 September 2011

Mana pergi rakyat Malaysia ni?!

            Semalam i keluar nak g beli barang sikit, dalam perjalanan i ke BJ mall i nampak ramai warga asing. Indon, myanmar, bangla, nepal.. i pun buat xkesah jer.. sampai je kat pengkarangan BJ, i nampak da 2org perempuan lepak kat tepi jalan, pakaian ok nampak macam rakyat tempatan.. bila i lalu je sebelah dengar dorang cakap ngong prong ngen preng.. sah! orang luar. tertipu i dibuatnyer..

            Masuk dalam BJ, pun ramai giler warga asing. i pun belilah barang keperluan kat Mydin.. then nampak ada family ni, cantik je pakaian dorang.. sekali lagi i tertipu, mereka org luar.ciss.. mana g rakyat Malaysia ni? betul ke i kat Malaysia? ke i kat negara len? hurmm.. sekarang ni, indon, myanmar, nepal dah pandai tiru dress up rakyat Malaysia. dulu, dorg dress up macam mana pun, tetap nampak org luar.

Friday, 9 September 2011

Raya 2011

            Ni lah pic raya tahun ni..
tema tahun kali ni warna pink.. even i x minat pink, tapi try je lah pakai.ha3..

raya ke-2 i pakai kebaya ala2 jawa gitu..ha3..


ni pic raya ke-4. my hubby datang beraya kat kg i. hu3..

Thursday, 8 September 2011

Selamat Hari Raya

            Masih sempat lagi kan kalau i ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua.. He3.. lama dah x buka blog ni. Maklumlah sibuk beraya (tapi xraya sakan pun) cam na u all punya cuti raya best? he3.. i tahun ni beraya  4orang jer.. i, adik i 2orang n ibu. dua orang kakak i beraya rumah mertua.. walaupun beraya 4orang, tapi masih sama cuma xmeriah sangat jer.. ibu masih masak masakan jawa iaitu "sambal goreng"..sedapnyer.. rendang ayam pencen, kuah kacang, kuah lodeh, rendang daging kicap & nasi impit. Dulu masa arwah ayah ada, dia akan anyam ketupat n ibu pula akan rebus. Tapi bila dia dah xda, ibu hanya mampu buat nasi impit sebab xda siapa yang reti anyam ketupat. ibu dah xlarat nak buat semua tu.

           Selalu kalau datang ke negeri 9, rendang mereka warna kuning lebih kurang macam masak lemak cili padi.. walaupun ibu i ni orang negeri 9, tapi dia xreti sangat masak masakan negeri sebab arwah ayah orang Johor, so ibu selalu masak masakan orang Johor. He3.. Tiap kali raya kalau bertandang ke rumah sedara belah ibu, mesti ada rendang kuning tu, pedasnyer.. i adik beradik xtahan pedas, jadi silap2 mesti nak kena jumpa Mr. Tan..das.. ha3..Sedara i pula rasa pelik bila datang ke rumah i, sebab ada sambal goreng. bak kata orang, rasa sekali pasti nak lagi.. siap minta resepi dengan ibu. ha3..ibu i reti ni pun sebab arwah ayah yang ajar, bagi resepi semua.. bukan tu jer, laksa johor, asam pedas johor, nasi tulang dan macam2 lagi~

            Selalu tiap kali raya, mesti malam raya masih sibuk kemas rumah, pasang langsir, siapkan lauk2 tuk raya.. Pagi raya pula sibuk nak isi kuih dalam balang. Tapi kali ni, malam raya kami semua relax sebab dah berjaya siapkan kerja2 tu sebelum berbuka puasa. memang lah cam xsyok jer malam raya tu bunyinyer..tapi i rasa sama jer sebab suasana hari raya tu dah lama terpadam sejak arwah ayah pergi meninggalkan kami semua. Bagi i raya ke, xraya ke sama jer.. tapi kami tetap sambut raya bersama sebab nak hilangkan rasa rindu kami pada ayah. Ibu sampai sekarang xboleh dengar lagu raya dari S Jibeng 'Musafir di Aidilfitri". hanya  S Jibeng yang nyanyi lagu tu jer ibu akan menangis.. kalau artis lain yang nyanyi ibu xsedih pun. Masih teringat lagi masa mula2 sambut raya tanpa ayah, ibu sampai xboleh dengar orang takbir, ibu marah kami suruh off tv. I faham perasaan ibu kehilangan suami yang tercinta..kami pula kehilangan ayah yang di sayangi. sekarang sudah 7tahun kami beraya tanpa ayah.. moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yang beriman.

         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...