Wednesday, 24 August 2011

Resepi : Nasi goreng sardin


Bahan-bahan:
Untuk sorang makan


  • 1 mangkuk nasi putih sejuk
  • 1 tin kecil ikan sardin (asingkan kuah) - ikan sardin di hancurkan sedikit (jangan hanucr sangat)
  • 1sb cili giling (cili boh pun boleh)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk)
  • sedikit air perahan limau
  • sayur i letak kobis, lobak merah n kacang panjan (letak mix veggi lagi senang)
  • cili merah di mayang halus sebagai penyeri..hu3..
  • gula n garam tuk perasa


Cara-cara:


  • panaskan minyak untuk menumis bawang2 n halia tadi sampi naik bau
  • masukan cili giling. tumis sampi pecah minyak (sampi masak, kalau xnanti sakit perut)
  • tambah sedikit kuah sardin tadi dan kacau
  • masukan sardin, kacau seketika n perahkan sedikit air limau tadi untuk hilangkan bau hanyir sardin
  • perasakan dengan gula n garam
  • masukan sayur2 tadi, kaacau
  • masukan nasi n hirisan cili kacau dan biarkan seketika... dah masak, bolehlah hidang

juadah berbuka

            Hari ni i berjaya menunaikan tanggungjawab.. iaitu menunaikan zakat (baru nak bayar?) di temani oleh office mate i.. setelah selesai membayar zakat, kami pun g lah membeli juadah tuk berbuka puasa.. lalu i ternampak gerai menjual "Nasi Lemuni". I mana pernah makan nasi tu, so dengan perasaan ingin mencuba, i pun belilah nasi tersebut.
boleh tahan sedap gak nasi ni, rasa cam nasi lemak jer..hu3.. tapi pedas sambal dia, so perut i agak pedih ckit..then i beli pula yong tau foo.. i kena Rm5 tapi xbanyak mana pun, sekali ngn sup n kuah pedas.. office mate i kena RM10..padahal sama banyak ngn i n bukan ambil apa pun..cian dia..yang lagi sorang lak beli kat kedai len, kena RM4.50 n lagi byk dari i punya..wuhuhu..terkena mak tau!

nasib sedap, tapi pedas ya ammat sebab sup dia letak black paper, then kuah hitam dia pun pedas.. lalu i sakit perut lagi, dah r nasi lemuni pedas ditambah dengan yong tau foo pedas = sakit perut ler..hu3...

menghitung hari dan waktu

            Tiap kali bangun tido mesti cakap "hari ni hari apa ek?" jadi hari yang di nanti2 hampir tiba iaitu hari Jumaat. ha3.. kenapa? sebab hari Jumaat ni i nak meninggalkan Penang ni. Bye2 Penang.. tapi hari ni masih di office. (bosannyer..) kan best kalau hari ni hari Jumaat..he3..

            Cakap fasal raya, kuih raya yang di tempah asyik kna reject jer (sedihnyer..nasib lum bayar g) bukan i yang reject, tapi orang tu yang reject dia cakap tempahan terlalu banyak, so xdapat nak hantar, yang lain pulak maaf lah, dah habis lah pulak kuihnyer (sadis gila, cepat na laku nyer) so, di malam sabtu ni, terpaksa lah i memaksa kawan i IE ke Uptown Danau tuk bli kerepek or kuih2..ha3.. x sabar nak Raya..

Wednesday, 17 August 2011

iftar at Johnny's with frns

            Semalam, plan last minit tuk berbuka sama2 dengan S. sampi bergaduh2 i dengan S n L sebab gara2 nak berbuka kat ner..ha3.. klakar sungguh. mula2 nak berbuka dekat hotel sunway sebab rate dia murah Rm30/person. tapi kecewa sebab fully booked.(nasib bek gak full, klu x duk jumpa dak opis lagi..ha3..) last2 i duk terfikir : alah, makan biasa2 je lah..pizza boleh, steamboat pun k gak :

            So, i sms L & S cakap makan kat johnny's jer makan steamboat. dorang on jer..then i ajak Y sama n S ajak house mate dia. I pun call johnny's book tuk 5orang..so, ni lah pic kami berbuka bersama2..






Sunday, 14 August 2011

menu berbuka simple - nasi goreng tomyam

nasi goreng tomyam
bahan-bahan:

  • 2 mangkuk sederhana nasi putih 
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • bunga kantan (racik2)
  • serai & daun limau purut i xletak sabab lupa beli.he3..
  • sepeket pes tomyam
  • sayur (ikut suka nak letak apa - lobak merah, kobis...)
  • ayam (potong dadu) - kalau nak letak sotong boleh, ke isi ketam pun boleh ikut suke. i xletak sebab ikut budget.he3..
  • nak letak cili padi boleh, ikut pedas lah... i xletak sebab house mate i F xmakan pedas. i juz letak cili merah mayang2 jer.
  • gula & garam ikut rasa
  • minyak tuk masak
cara-cara:
  • panaskan minyak, tumis bawang2, cili merah & halia smpi nek bau
  • masukan ayam (biar ayam keluar air) baru masukan pes tomyam
  • masukan sedikit air dan bunga kantan, gaul sebatui
  • masukan sayur dan perasakan dengan gula & garam..gaul lagi
  • masukan nasi dan gaul sebati.. tunggu seketika dan siap dihidang~


Saturday, 13 August 2011

aku terkena

            Hari ni i keluar ngn house mate baru, F.. konon nak berwindow shopping jer hari ni kat QB, tapi last2 kami bershopping sakan. Ha3..  stat dari masuk kedai tuk muka, i la terbeli tuk hilangkan black head tu, 2keping rm7. memang gila.ha3..  pastu kami g jalan2 usya kasut. then ajak F masuk Daiso pun terbeli 2items.. pastu g lah window2 lagi..then F nak masuk spa ikan, i cakap i xnak i juz nak urut kaki..then F pun urut jugak.

          Dah habis tu, window2 lagi last2 F terpedaya dengan t-shirt kat sebuah kedai ni.. i pun sama terpedaya. so beli sehelai baju RM35 after less 50%.  then i ajak F masuk sbuah kedai beads ni. i nak beli cincin, then belek punya belek, i ternampak cincin dalam bakul ni, punyalah menarik warna dia, i pun ambik r (dalam hati : nape cincin ni lembut sgt kulit dia?) then i ternampak kertas tepi dalam bakul tu tertulis "PIG SKIN" arrgghhh!!! i campak terus cincin tu n terjerit "AAHHH!!"  terkejut F, ingat apa lah tadi. then owner kedai tu (orang cina) dia tahan gelak sambil tengok i, tersengeh2 dia. #@* betul.

          Dari i nak beli, terus xjadi sebab tu. x fasal2 kena samak. dah r penang ni susah nak cari tanah. terus mood i bertukar. even i rasa terhina kejap, tapi tetap menruskan misi menshoppingkan diri.ha3.. dah xjadi window shopping i dengan F.  sampai ruamh mulalah i melilau cari tanah.  i call my mom cerita semua, then dia cakap "kat sana xda ke org tanam pokok dalam pasu?" terus i teringat yang ex-house mate i H da pokok dalam pasu dia tinggalkan, so i pun gunalah tanah dalam pasu tu tuk memulakan sesi penyamakkan. he3.. barulah diri ni terasa "suci" kembali.ha3..

Friday, 12 August 2011

Rindunyer..

            Bila dah bes study n skarang ni keja, mulalah teringat kisah2 lama.. especially time study2 dulu..tul x? kawan2 ramai dah kawen n da anak2.. i? ha3.. belum jodoh g. bila dah da family sendiri, susah nak berjumpa, kadang2 nak contact pun susah. masing2 sibuk dengan keja, rumah tangga lagi (bagi yang dah kawen), mana yang masih further study, sibuk ngan test la, kelas la..

            Nak dijadikan cerita, kalau duk dekat pun susah jumpa sebab terlalu sibuk, ni kan pulak yang duk nun jauhnyer disana..ha3..  xpelah, kepada kawan2 i W, M, I, U & T smoga kalian sihat n happy dengan orang tersayang.  kalau ada masa, kita jumpa lagi yer? hu3..


Family day

            cerita lama, tapi tetap nak share.hu3.. pic2 family day kat Melaka awal tahun 2011


pic xdpt nk upload semua..he3..cukup takat ni jer..

Wednesday, 10 August 2011

kurma upin & Ipin

            Hari isnin hari tu ada dak office bagi kurma upin&ipin..he3..thanks en. A & cik N sebab sedekah kurma di bulan yang mulia ni.. yang best tu, akhirnyer en. A beli jugak kurma Upin & Ipin setelah i cakap i nak kurma tu. Mula2 dia xpercaya "mana ada kurma Upin Ipin Dina" lalu i pun jawab "betul en. A, saya nampak kat bazar tu, so en. A blanja saya kurma tu je r" dia reply "tu tuk kanak2, awak ni macam budak2 jer" he3.. lantak r, memang i ni cam budak2 pun. suka sangat kartun & anime. sampi my hubby cakap "macam mana da anak sok ni? sure bergaduh ngn anak2 nak tengok kartun" ha3.. agaknyer?
kurma Upin & Ipin

Monday, 8 August 2011

ada hikmahnya..

Setaip apa yang terjadi, ada hikmahnya...
betul tu, apa yang telah terjadi, kita tidak boleh berpatah balik, tak boleh nak undur semula waktu untuk perbetulkannya.. namun apa yang pasti, kita hanya terpaksa berserah, redha dan pelajari dari apa jua kesilapan yang telah berlaku.

kesilapan seperti bergaduh dengan kawan, dan sampi sekarang buat muka toya.. mintak maaf dah, tapi nak rapat semula macam dulu dah xboleh.. so, nak buat camne? redha jer, smua tu ada hikmahnya.
kesilapan dalam bercinta? tu smua biasa jer, lumrah.. he3.. rasa kadang2 macam bodoh jer pilih awek/balak yang macam TUT.. he3.. xpe, yang penting kita dah xda pape ngan dia, sebab ada hikmahnyer..
kesilapan dalam bershopping? ha3.. ni biasa berlaku.. sebab bila dalam kedai tu, rambang mata tengok. tu nak beli, ni nak beli. bila dah pilih, nampak cam cantik.. sampai rumah test balik nampak cam hampeh..ha3.. kalau yang online shopping pulak, dalam pic mmg cantik, "voggy da vase" lagi. sekali bila sampai, kecewa mak tau. kualiti cam tah pape, xsama dgn apa yang di janjikan..he3.. nak wat camner? tadah jer.
kesilapan dalam membuat sesuatu kerja sampi kena maki ngan bos? tu pun lumrah, mana ada manusia yang perfect selain dari tuhan.. cuba tanya bos tu, dia pernah xbuat silap? kalau jawapannyer xpernah, suh dia check doktor.. ye r, mana r tau kot2 dia bukan manusia. ha3.. (tapi robot pun da gak wat silap kn?????)

Apa lagi ekk?? owh, lupa pulak.. disebabkan sekarang ni bulan ramadhan, jadi ramai yang membeli juadah berbuka di luar berbanding dengan masak sendiri.. jadi ada jer yang tertipu dengan peniaga2 yang nak kan keuntungan sahaja.. jadi yang menjadi mangsa adalah pembeli. dapat makanan yang rasanya masam2.. bukan makanan tu memang masam, tapi rupa2nya dah basi kot. apa terjadi? sakit perut lar..ha3.. da jugak yang beli berlebihan, apa terjadi? berlakulah satu pembaziran.. so ni semua ada hikmahnyer..pengajaran, berwaspadalah yer..

apa yang i merepek di pagi hari ni???

Friday, 5 August 2011

m&m's

pas berbuka, trus i buat senaman mulut.ha3.. sambil ngadap lappy, i makan m&m's.. yummy~

buta huruf atau buta hati?

2 Ogos 2011- hari ke-2 puasa..dalam KTM i duduk kat koc wanita (sebab nak lebih selesa). sedang i duduk n train berhenti kat satu stesen ni, tiba2 masuklah beberapa umat lelaki yang tah reti baca or xperasan yang dorg masuk tu koc tuk wanita saja "coach for ladies only".. yang pelik,dorg baca, nampak simbol tu, tapi tanpa segan silu, buat bodoh jer..lagi lama dorg duduk sampilah stesen KL sentral. i hangin je, nak tegur, tapi takut kena blasah lak kan..ha3..so, i snap pic n luahkan saja kat dlm blog i ni. tapi y herannyer, ada y bercouple..yang bodohnyer, xkan couple dia pun xreti baca? hello~ what the hack?! kalau nak sumbat jantan tu ikut ko pun, sila2lah masuk koc campur, ni tuk perempuan saja.owh, myb dia foreigner kot. xfaham apa yang tertulis kat cermin n pintu masuk koc tu. tapi, ada simbol.. very simple n easy to understand okay! entahlah..ni lah perangai org sekarang.
koc wanita

Wednesday, 3 August 2011

my hubby's bday

hari tu 30 July,i celebrate bdy my hubby..hu3.. y kelakarnyer, sepatutnyer i yg bagi present kat dia, tapi ni terbalik. dia bagi i seutas rantai & coklet. i pulak hanya bagi dia album yang i buat sendiri n bday kad y oso i buat sendiri.. walau apa pun, i happy sangat dgn my hubby hari tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...