Monday, 16 May 2011

berkirakah aku?? memilihkah aku??

            nape tajuk i macam ni?  sebab ada segelintir staff kat opis i ni dok mengata i dari belakang.. mana xsedih n terasa bila ada orang mengeluarkan statment cakap i ni memilih, cakap dalam meeting lak tu. mentang2 i xmasuk dalam meeting tu, leh lah pulak mengata i.  meeting tu berkenaan dengan perlantikan AJK kat opis i ni, smua gara2 5s.  dah lah tu siap banding2kan i dengan sorang lagi customer service iaitu kawan i sendiri.  dia boleh cakap "ha, kalau F tak pe, jangan dina, dina tu memilih sikit" adus.. terasa sungguh i bila dia cakap macam tu..lepas tu pulak statment dia di sokong oleh orang lain.  nape diaorang ni? benci sangat ke dengan i? i ada buat salah ke? dah tu pulak sejak dari hari tu, sampailah sekarang ni, bila ada apa2 aktiviti, nama i x tersenarai langsung dalam AJK. i x kesah pun, tapi benda tu masuk pulak dalam SKT. selain dari tu, ada jugak orang kata i ni pemalas..aduss.. lagi sakit dengar. di sebabkan si F ni banyak orang ambil dia jadi AJK, masuk sana, masuk sini jadi jumlah kursus dia dah lebih dari 10hari..i pulak masa tu baru jer 2hari..( sedihnyer..) i pun cakap lah dekat pegawai tu yang i nak apply kursus lagi, n kawan i tu dia x nak dah sebab dah banyak hari.. boleh lah pulak pegawai tu cakap "tu lah hang, hang ni pemalas tu sebab x banyak kursus" aduss.. sekali lagi i terhiris.  x tau lah kot dia gurau ke apa, tapi dah nak buat macam mana, bukan i x nak g kursus.. masalahnyer xda kursus.. sekarang ni i dah cukup 10hari kursus, tapi ni nak tambah lagi..bosan dok opis..i lagi suka g kursus jer dari ngadap muka2 orang2 yang xsuka dekat i kan?


          di sebabkan kes ni, i macam malas dah nak bercampur dengan orang2 opis yang hipokrit.  sakit hati n otak kalau nak pikir benda2 ni.. tapi muka2 ni jugak lah yang i kena hadap sampilah i dapat tempat untuk bertukar ke tempat lain.. x kesahlah diaorang x suka kat i pun, diaorang ke yang tanggung smua idup i? x kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...