Wednesday, 20 April 2011

tiada motif

                setiap manusia ada macam-macam perangai dan ragam.. kepuasan semua orang x dapat kita puaskan. pendapan juga berbeza-beza.. kalau kita jumpa kawan atau pasangan yang "sekepala" dengan kita, memang satu bonus buat kita.  tapi apa kes kalau pada mulanya kita sungguh rapat dan sama pendapat dengan orang tu, tapi kemudian bergaduh atas sebab salah faham dan kemudian ego masing-masing yang tinggi telah menyebabkan kita renggang?
                
                ego juga salah satu penyebab kita hilang segala-galanya.. memang ada kebaikan kita menjadi ego ni.. tapi bertempat juga.  jika kita tau salah kita, elok saja kita berjumpa dengan individu tersebut dan meminta maaf atas segala yang berlaku.  dan kepada individu yang satu lagi, jika ada orang datang meminta maaf, perlulah memaafkannya.. xperlu terlalu ego, mentang-mentang anda "menang" jangan pula belagak.  kadang-kadang manusia senang berkata-kata tetapi untuk melunaskannya agak sukar sekali.. mungkin mudah untuk mengucapkan perkataan "MAAF"   tapi, untuk mengucapkannya dengan ikhlas dan memulakan ayat amat sukar sekali.  benda ini juga terjadi dekat diri i.. ingin mengucapkan perkataan "maaf" kepada individu yang agak ego, tetapi untuk memulakan perbualan itu sehingga kini masih tercari-cari lagi.  memang ada yang menyatakan "buat seperti biasa, macam x da pape yang berlaku" tetapi individu yang berada dalam situasi itu, agak sukar untuk berbuat demikian.

                  jadi, apa sebenarnya i tulis dalam blog ni? x tau.. x da motif..sekadar luahan perasaan yang tidak dapat lagi dibendung.  mungkin i akan ucapkannya di depan orang ramai? atau berjumpa secara personal dengan dia?  ya, sebelum i melangkah keluar dari tempat itu, i akan ucapkan kata-kata tersebut.  harap kali ni berjaya dan dia boleh terima i semula seadanya..seperti dulu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...