Saturday, 16 April 2011

ayam cendawan ala cina

hari tu i masak ayam cendawan ala cina yang i ambil dari resepi dalam internet..sedap jugak juz pedas sikit sebab i ni jenis x tahan pedas.. hu3..senang je masak dia..

Bahan-bahan :
  1. 1/2 ekor ayam
  2. 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
  3. 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris
  4. 6 ulas bawang putih - dicincang
  5. 4 ~ 5 tangkai cili padi
  6. Sedikit kicap lemak manis
  7. Sedikit sos tiram
Cara memasak:
  • Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.
  • Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
  • Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
  • Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau lagi.
  • Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).


ni pulak i punya breakfast hari minggu..hu3.. senang jer semua orang boleh buat

bahan-bahan:

* roti 4keping
* sos cili
* keju
* sosej / frozen food (bebola ayam,daging..crab stick dll)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...