Friday, 22 April 2011

mencuci hati yang telah hitam

i ada terbaca artikel motivasi dari Dr. Fadzilah Kamsah..so, insaflah kejap bila baca..

MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wednesday, 20 April 2011

tiada motif

                setiap manusia ada macam-macam perangai dan ragam.. kepuasan semua orang x dapat kita puaskan. pendapan juga berbeza-beza.. kalau kita jumpa kawan atau pasangan yang "sekepala" dengan kita, memang satu bonus buat kita.  tapi apa kes kalau pada mulanya kita sungguh rapat dan sama pendapat dengan orang tu, tapi kemudian bergaduh atas sebab salah faham dan kemudian ego masing-masing yang tinggi telah menyebabkan kita renggang?
                
                ego juga salah satu penyebab kita hilang segala-galanya.. memang ada kebaikan kita menjadi ego ni.. tapi bertempat juga.  jika kita tau salah kita, elok saja kita berjumpa dengan individu tersebut dan meminta maaf atas segala yang berlaku.  dan kepada individu yang satu lagi, jika ada orang datang meminta maaf, perlulah memaafkannya.. xperlu terlalu ego, mentang-mentang anda "menang" jangan pula belagak.  kadang-kadang manusia senang berkata-kata tetapi untuk melunaskannya agak sukar sekali.. mungkin mudah untuk mengucapkan perkataan "MAAF"   tapi, untuk mengucapkannya dengan ikhlas dan memulakan ayat amat sukar sekali.  benda ini juga terjadi dekat diri i.. ingin mengucapkan perkataan "maaf" kepada individu yang agak ego, tetapi untuk memulakan perbualan itu sehingga kini masih tercari-cari lagi.  memang ada yang menyatakan "buat seperti biasa, macam x da pape yang berlaku" tetapi individu yang berada dalam situasi itu, agak sukar untuk berbuat demikian.

                  jadi, apa sebenarnya i tulis dalam blog ni? x tau.. x da motif..sekadar luahan perasaan yang tidak dapat lagi dibendung.  mungkin i akan ucapkannya di depan orang ramai? atau berjumpa secara personal dengan dia?  ya, sebelum i melangkah keluar dari tempat itu, i akan ucapkan kata-kata tersebut.  harap kali ni berjaya dan dia boleh terima i semula seadanya..seperti dulu..

Monday, 18 April 2011

Kung paw chicken

semalam i x masak tuk lunch sebab rasa dah kenyang..tapi bila masuk pukul 4.00ptg, baru la perut ni buat lagu keroncong.. ha3..jadi i fikir nak masak apa pulak hari ni? i mula lah bukak resepi2 yang i salin dari internet (sebab i x tau nak masak) resepi kali ni ialah kung paw chicken..


Bahan A 
600 gm isi ayam - potong dadu 
1 s/b tepung jagung 
1 sk garam 

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan. 

Bahan B 
100 gm kacang gajus
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang 
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2 
4 ulas bawang putih - hiris 
2 inci halia - hiris 
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit 
3 sdm sos tiram 
2 sdm sos tomato 
1/4 cwn air 
minyak tuk menumis 

Cara 
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali 
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan 
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. 
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. 
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api


tapi i x letak kacang gajus sebab x da..hu3..tapi masih sedap..thanks kpd tuan punya resepi..resepi dari Hanieliza memang senang & sedap

Saturday, 16 April 2011

ayam cendawan ala cina

hari tu i masak ayam cendawan ala cina yang i ambil dari resepi dalam internet..sedap jugak juz pedas sikit sebab i ni jenis x tahan pedas.. hu3..senang je masak dia..

Bahan-bahan :
  1. 1/2 ekor ayam
  2. 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
  3. 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris
  4. 6 ulas bawang putih - dicincang
  5. 4 ~ 5 tangkai cili padi
  6. Sedikit kicap lemak manis
  7. Sedikit sos tiram
Cara memasak:
  • Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.
  • Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
  • Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
  • Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau lagi.
  • Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).


ni pulak i punya breakfast hari minggu..hu3.. senang jer semua orang boleh buat

bahan-bahan:

* roti 4keping
* sos cili
* keju
* sosej / frozen food (bebola ayam,daging..crab stick dll)

Friday, 15 April 2011

hari jumaat

            Hari jumaat hari yang semua org suka (betul ke?). macam biasa bagi penjawat awam, mereka akan rehat dari 1215-1445 jadi masa yang panjang harus dimanfaatkan.. bagi kaum lelaki muslim, diaorang kena lah g tunaikan solat jumaat.. bagi kaum perempuan pulak, masa yang ada, diaorang akan g shopping ke, hangout lah mana2 pun..macam i, ikut je dak2 opis g shopping mall mana2.. kalau ada sen dalam tangan i pun shopping gak pape barang yang rasa nk beli hu3..(lumrah seorang perempuan)


            Tapi hari ni i x tau nak buat apa, balik rumah & TIDO ok gak kot?ha3.. kalau nak g jalan2, dah x tau nak g mana..bosan..tempat yang sama sampai pencen??? wah!!  x mau la.. i ni bukan boleh duk satu tempat lama2..maybe dah terbiasa dari kecil jenis pindah randah (cam orang nomad lak ha3..) & maybe sebab nama i kot? ha3..behijrah dari satu tempat ke tempat yang lain..


           Jadi apa yang harus i lakukan? ikut je lah apa plan dak opis..
        

Wednesday, 13 April 2011

menghitung hari

                  Pada 12 April 2011 i dengan tekadnya berjumpa Pengarah tuk hantar borang petukaran..peluh sejuk i pun keluar masa i bedepan dengan tuan pengarah walaupun air con cukup kuat hari tu..macam2 soalan dia tanya kat i and siap dia buat lawak lagi dengan i (dah lah i tengah serious ni)last-last jawapan dia "diluluskan dengan pengganti kemudian".. alhamdulillah..syukur..jadi i kena tunggu proses dari KPT dan SPA kat mana diaorang nak campak i..hope under KPT lagi and lagi ok dari tempat sekarang ni..i nak dekat dengan family, kawan2 i and my hubby..hu3..
            

Friday, 8 April 2011

kursus english for customer service


hari tu 4-7 april 2011 i attended kursus english for customer service anjuran KPT dekat hotel Goldcourse, Klang..enjoy sangat sbb macam2 aktiviti ada..even rasa macam masuk balik sekolah rendah,tapi itulah hakikatnya kita ni..ada aja grammatic error.thanks to teacher Mona Balqish..now i try to use all those words she tough me..simple but useful for me  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...